Social Icons

Pages

Jumaat, 13 September 2013

Enjin Vtec - Dapatkan Tips Modifikasi Vtec Di Sini

Ranked #609 in Cars, #43,206 overall
Latihan Forex 1/1 percuma Perolehi dari rumah labur € 100 dan berdagang 40000€ iFOREX.my
Honda Cars - Motor Trader Looking to Buy An Affordable Car? You Can Find 25000+ Cars From Here!www.motortrader.com.my
Download ASME Standards Buy & Download Official ASME ASME Code,Low Price,Latest Version!StandardsBox.com/ASME+Standards

Kuasa Enjin VTEC Yang Masih Digeruni

"Sahabat yang dihormati,

Jika saya dapat tunjukkan cara bagi meningkatkan kuasa enjin vtec anda tanpa perlu mengorbankan ribuan ringgit atau lebih dengan teknik modifikasi yang belum tentu menjamin ketahanan enjin vtec anda untuk jangka masa yang panjang adakah anda dapat membuat keputusan bagi meneruskan dengan pesanan sekarang ?

Kuasa VTEC Kini Di Tangan Anda !

Adakah anda masih mengingati bilakah pertama kali anda memandu kereta Honda Vtec anda?

Ia tentu saat yang menyeronokkan dan saya pasti anda sungguh gembira apabila menjadikan enjin vtec kesayangan anda memiliki kuasa yang menabjubkan dan merasa bangga kerana memilikinya.

Saya menyenaraikan beberapa faedah jika anda memiliki sumber informasi yang akan saya berikan kepada anda seperti di bawah :
  • Cara meningkatkan kuasa enjin vtec N/A anda dengan modifikasi "Bolt-On Performance" agar lebih berkuasa.
  • Mendalami ilmu pengetahuan mengenai enjin vtec berserta teknik pengubahsuaiannya yang betul terutama bagi anda yang baru "BERMAIN" dengan Vtec.
  • Bagaimana cara yang betul memasang turbo pada enjin vtec. Ini kerana pemasangan turbo pada enjin N/A memerlukan pengetahuan yang mendalam agar ia beroperasi dengan cemerlang sekaligus meningkatkan lagi kuasa enjin vtec bagi menjamin ketahanan enjin apabila di asak dengan ekstrime pada peringkat "HIGH BOOST".
  • Enjin Honda Vtec Hybrid jenis apakah yang mampu menyaingi kehebatan kuasa enjin Honda VTEC versi TYPE-R serta 4G63T jika di tune dengan teliti yang ramai orang tak tahu dan kaedah pemasangannya.
  • Sesuai bagi anda yang kerap - kali mengikuti acara DRAG RACING bagi mencari FORMULA tambahan demi meningkatkan prestasi enjin vtec ke tahap yang terbaik dan maksimum.
  • Tiada lagi yang memandang rendah keupayaan kuasa enjin vtec anda serta Estim Diri meningkat.
  • Segala tips modifikasi vtec dalam panduan ini telah di selidiki dan diuji keberhasilannya oleh mereka yang pakar mengenai enjin vtec bagi tujuan perlumbaan drag racing ekstrime di USA oleh Team "Jackson Racing" dan juga "RC Engineering".
  • Dan pelbagai lagi tips modifikasi yang berguna untuk anda ketahui dan lakukannya.

Rahsia Di Dedahkan Khas Buat Fanatik VTEC

Saya pasti anda akan membelanjakan puluhan ribu ringgit dan bertahun lamanya jika anda mahu membongkar rahsia mengubahsuai enjin vtec ini sendiri. Bagaimana saya tahu ? Kerana telah ramai yang mengubahsuai enjin vtec namun kuasa yang di inginkan tidak seperti yang di harapkan. Jangan ulangi kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini. Anda boleh mencapai kuasa vtec yang diimpikan dengan mempraktikkan tips yang di berikan untuk kepuasan anda.

Sejak info dilancarkan ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para fanatik Vtec Killer. Ini menunjukkan betapa ramainya mereka yang inginkan prestasi yang terbaik untuk enjin vtec mereka dan membuatkan saya merasa bangga dan terharu kerana dapat membantu mencapai impian mereka untuk menjadi antara yang terbaik. Pastinya anda juga tidak mahu ketinggalan bagi merasai sendiri sensasi enjin vtec anda yang berkuasa !!!

Sumber Rujukan Khas Buat Anda

Pesanan Khas Buat Anda !!!

Setakat ini, pernahkah anda melihat panduan modifikasi yang lengkap khas bagi meningkatkan kuasa enjin vtec selain daripada panduan ini yang telah saya terangkan kepada anda ?

P.P.S - Dengan melabur untuk memiliki panduan ini, SEBENARNYA anda telah menjimatkan wang sebelum melakukan konsep modifikasi yang anda inginkan agar tak menyesal kemudian hari. Fikir - fikirkanlah...

P.P.P.S - Sebarkan info modifikasi Vtec ini kepada rakan - rakan anda kerana pastinya mereka akan merasa sangat seronok dan teruja serta berterima kasih terhadap anda kerana membantu meningkatkan kuasa enjin vtec kegemarannya. Berikan mereka Url website ini untuk rujukan mereka >> http://bit.ly/vteckiller

SISTEM TURBO/TURBO CHARGER

Pengecas turbo atau turbo, merupakan alat pemampat gas yang digunakan bagi tujuan pernafasan paksaanpada enjin pembakaran dalaman. Seperti juga pengecas lampau, tujuan utama pengecas turbo ialah bagi meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa. Walau bagaimanapun, pengecas turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang juga digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri, dan bukannya secara pacuan mekanikal terus seperti mana pengecas lampau.

Prinsip kerja[sunting]

Sebuah pengecas turbo merupakan daripada satu kipas pemampat kecil yang digerakkan oleh gas ekzos enjin. Sebuah pengecas turbo terdiri daripada satu turbin dan satupemampat pada aci yang sama. Turbin menukarkan gas ekzos kepada daya putaran, yang seterusnya menggerakkan pemampat. Pemampat menarik masuk udara dan mengepamnya ke rongga masukan pada tekanan yang lebih tinggi, menghasilkan lebih banyak jisim udara yang memasuki enjin pada setiap lejang masukan.
Objektif pengecas turbo adalah sama seperti pengecas lampau; iaitu untuk meningkatkan kecekapan volumetrik enjin dengan menyelesaikan had kardinalnya. Sesebuah enjin pernafasan biasa hanya menggunakan gerakan lejang omboh ke bawah untuk menghasilkan kawasan tekanan rendah untuk menarik udara masuk ke silinder melalui injap masukan. Oleh kerana tekanan atmosfera adalah tidak melebihi 1 atm (lebih kurang 101.3 kPa), sudah tentulah terdapat had perbezaan tekanan merentasi injap masukan dan seterusnya jumlah udara masuk ke kebuk pembakaran. Oleh kerana pengecas turbo meningkatkan tekanan udara masuk ke silinder, maka lebih banyak udara (oksigen) akan dipaksa masuk ke silinder apabila tekanan rongga masukan meningkan. Aliran udara tambahan ini membolehkan enjin untuk mengekalkan tekanan kebuk pembakaran dengan beban udara/bahan api walaupun pada kelajuan enjin yang tinggi, meningkatkan keluaran kuasa kuda serta kilasan enjin.
Oleh kerana tekanan udara tidak boleh naik terlalu tinggi untuk mengelakkan ketukan enjin serta kerosakan fizikal yang lain, tekanan udara masuk mestilah dikawal dengan mengawal kelajuan putaran pengecas turbo. Fungsi tersebut dilakukan oleh wastegate, yang mengalirkan sebahagian gas ekzos memintasi turbin ekzos. Ia mengawal kelajuan aci dan mengawal tekanan udara pada rongga masukan.

Sejarah[sunting]

Pengecas turbo dicipta oleh seorang jurutera Switzerland bernama Alfred Büchi. Beliau memohon paten untuk pengecas turbo ciptaannya pada tahun 1905.[1] Kapal dan lokomotifdiesel dengan pengecas turbo mula dikeluarkan pada sekitar tahun 1920an.

Penerbangan[sunting]


Semasa Perang Dunia Pertama, jurutera Perancis, Auguste Rateau[2] memasang pengecas turbo pada enjin-enjin Renault yang digunakan pada pelbagai pesawat pejuang Perancis dengan sedikit kejayaan.[3]
Pada tahun 1918, jurutera General Electric Sanford Moss memasang turbo pada enjin kapal terbang V12 Liberty. Enjin tersebut diuji di Pikes Peak di Colorado pada ketinggian 4,300 m untuk demonstrasi sama ada ia boleh menghapuskan kehilangan kuasa yang dialami pada enjin pembakaran dalaman yang diakibatkan oleh ketumpatan dan tekanan udara yang berkurangan pada altitud tinggi.[4]
Pengecas turbo mula dikeluarkan pada enjin kapal terbang pengeluaran pada tahun 1930an sebelum Perang Dunia Kedua. Tujuan utama penggunaan pada kapal terbang adalah untuk membolehkan kapal terbang untuk terbang pada ketinggian yang lebih tinggi, dengan meningkatkan tekanan atmosfera yang rendah pada altitud tinggi. Kapal terbang sepertiP-38 Lightning, B-17 Flying Fortress, dan P-47 Thunderbolt kesemuanya menggunakan pengecas turbo bagi meningkatkan kuasa kuda enjin pada altitud tinggi.

Automotif[sunting]

Lori turbo pertama dikeluarkan oleh "Schweizer Maschinenfabrik Saurer" (Swiss Machine Works Saurer) pada tahun 1938.[5]
Enjin turbo Chevrolet Corvair Pengecas turbo, di bahagian atas kanan, membekalkan udara bertekanan ke enjin melalui paip-T krom yang melalui enjin.
Enjin turbo kereta pengeluaran pertama dikeluarkan oleh General Motors pada tahun 1962. Kereta Oldsmobile Cutlass Jetfire danChevrolet Corvair Monza Spyder kedua-duanya dipasang dengan pengecas turbo.[petikan diperlukan] Saab merupakan pengeluar kereta pertama yang berjaya memasang pengecas turbo pada kereta pengeluaran biasa. Ia terhasil daripada pengenalan injap wastegate yang berfungsi melegakan tekanan berlebihan.[6]
Enjin kereta turbodiesel pertama di dunia ialah kereta Mercedes 300SD dan Peugeot 604, kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 1978. Kini, sebahagian besar kereta diesel menggunakan pengecas turbo.

Komponen pengecas turbo[sunting]

Terdapat lima komponen utama dalam sesebuah sistem pengecas turbo iaitu pemampat, turbin, injap "wastegate" dan injap "blow-off".
  • Pemampat - Pemampat bagi sistem turbo adalah dari jenis pemampat bilah jejari yang berfungsi memaksa udara masuk ke enjin dan memampatkannya pada tekanan tinggi. Ia disambung ke turbin melalui satu aci dan ditempatkan bersama-sama dengan turbin di dalam perumah yang sama.
  • Turbin - Seperti pemampat, turbin juga terdiri daripada jenis turbin bilah jejari yang bersambungan dengan pemampat. Ia digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri dengan kelajuan putaran sehingga setinggi lebih 120,000 rpm. Putaran turbin yang sangat tinggi ini memerlukan ia disokong oleh alas khas yang dilincirkan oleh aliran minyak pelincir yang berterusan.
  • Injap "wastegate" - Injap ini berfungsi sebagai injap kawalan tekanan gas ekzos agar tekanan gas ekzos tidak akan menyebabkan turbin berputar terlalu tinggi sehingga merosakkan turbin itu sendiri. Pada tekanan boost yang ditetapkan, injap "wastegate" membuka satu laluan sampingan yang memintas turbin untuk mengawal putaran maksimum turbin.
  • Injap "blow-off" - Injap ini secara ringkasnya adalah injap pelega tekanan yang melepaskan sebahagian tekanan udara termampat apabila pendikit dilepaskan agar tekanan udara masuk tidak merosakkan unit pengecas turbo kerana tiada jalan keluar.
  • Penyejuk perantara - Penyejuk perantara adalah alat penukar haba yang menyerupai radiator dan berfungsi menyejukkan udara termampat bertekanan tinggi untuk meningkatkan ketumpatannya. Walau bagaimanapun, sesetengah sistem pengecas turbo dengan tekanan boost yang rendah tidak memerlukan penyejuk perantara.

Aplikasi automotif[sunting]

Sifat pengecas turbo[sunting]

Lihat juga[sunting]

Rujukan[sunting]

SISTEM ENJIN VTEC

VTEC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vtec.svg
VTEC adalah kependekan bagi Variable Valve Timing and lift Electronic Control (Pemasaan dan bukaan Injap Boleh Laras Kawalan Elektronik). VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras yang diperkenalkan oleh Honda bagi meningkatkan kecekapan volumetrik enjin, dan sistem VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras komersial pertama digunakan dalam industri automotif. Sistem VTEC dicipta oleh jurutera R&D Honda, Ikuo Kajitani.

Sepintas lalu[sunting]


Kepala silinder enjin Honda yang menggunakan sistem VTEC
Dalam sesebuah enjin, saiz sesondol bukan sahaja menentukan bukaan injap, malah turut menentukan pemasaan dan tempoh masukan / keluaran. Apabila kelajuan enjin semakin meningkat, tempoh masukan campuran udara-bahan api serta tempoh keluaran gas ekzos menjadi semakin terhad. Namun demikian, saiz bukaan injap yang tetap menghalang lebih banyak campuran udara-bahan api untuk masuk ketika kelajuan tinggi, sekaligus mengehadkan kuasa maksimum enjin. Oleh itu, sistem pemasaan injap boleh laras dicipta bagi membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk ke dalam kebuk pembakaran semasa kelajuan enjin tinggi, seterusnya meningkatkan kuasa enjin.

Jenis-jenis sistem VTEC[sunting]

VTEC konvensional (SOHC dan DOHC)[sunting]

Sistem VTEC yang paling asas ialah DOHC VTEC. Di dalam sistem ini, sistem VTEC mengawal pemasaan dan bukaan bagi kedua-dua injap masukan dan injap ekzos. Setiap aci sesondol mempunyai 2 sesondol bagi setiap silinder - sesondol bukaan kecil dan sesondol bukaan besar. Semasa kelajuan rendah, sesondol bukaan kecil digunakan secara lalai bagi penjimatan minyak. Semasa kelajuan tinggi, solenoid elektronik membuka laluan minyak ke pin pengunci sesondol bukaan besar dan tekanan minyak mengunci pin sesondol bukaan besar. Akibatnya, sesondol bukaan besar digunakan untuk kuasa maksimum. Apabila kelajuan enjin kembali menurun, solenoid tersebut dimatikan dan pin pengunci dilepaskan, menyebabkan sesondol bukaan kecil digunakan kembali.
Bagi SOHC VTEC, mekanisme yang digunakan adalah sama tetapi aci sesondol tunggal tersebut hanya boleh mengawal pemasaan dan bukaan injap masukan sahaja.

VTEC-E[sunting]

VTEC-E berfungsi dengan cara yang berbeza; jika VTEC konvensional digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin, VTEC-E pula direka bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Di dalam sistem VTEC-E, hanya satu sahaja injap masukan yang dibuka secara lalai pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Pada kelajuan tinggi, tekanan minyak menolak pin mengunci yang mengunci injap masukan kedua, membolehkan kedua-dua injap masukan digunakan.

VTEC 3 Peringkat[sunting]

VTEC 3 Peringkat menggabungkan kedua-dua teknologi VTEC-E dan VTEC konvensional. Pada kelajuan rendah, hanya 1 injap masukan sahaja dibuka secara lalai. Pin pengunci pertama mengunci injap masukan kedua semasa kelajuan enjin sederhana manakala pin pengunci kedua digerakkan untuk membolehkan sesondol bukaan besar digunakan pada kelajuan tinggi. Dengan ini, enjin yang menggunakan VTEC 3 Peringkat dapat memanfaatkan kedua-dua penjimatan minyak dan peningkatan kuasa enjin.

i-VTEC[sunting]

i-VTEC menggabungkan teknologi pemfasaan sesondol yang digunakan oleh sistem pemasaan injap boleh laras yang lain dengan teknologi VTEC sedia ada bagi mengurangkan "kejutan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi.

VTEC pada motosikal[sunting]

Selain pada enjin kereta, Honda turut menggunakan teknologi VTEC pada beberapa model motosikalnya. Ia mula digunakan pada motosikal Honda CBR400F Super Four HYPER VTEC, dan seterusnya pada motosikal Honda VFR800.
 

Sample text